Tuesday, March 31, 2009

KH Idol 2009

Baru-baru ini (25.03.09) kumpulan KH telah mengadakan pembentangan muzik. Pembentangan ini melibatkan mersembahan lagu yg telah dicipta liriknya sendiri oleh kami sendiri berdasarkan melodi lagu2 kanak2 yg sedia ada dengan bantuan alat bantu mengajar (ABM)... Persembahan miak2 KH tok ibarat ala2 American Idol/Akademi Fantasia/ X-factor/ One In A Million... hek3.. so kmk org menamakannya KH Idol 2009... mari kita lihat siapa yg kena?????


Achik: "hujan yg turun... bagaikan mutiara.... menyirami sayo sawiku yg kecik.... ewah2"
Utk mengundi Achik, taip KHAchik dan hantar ke 33399


Syl: "ku siram sayoku, dengan penuh keikhlasan.. agar dewasa akanku masak...."
Undi Syl, taip KHSyl dah hantar ke 33399


Undian anda boleh menyelamatkan Ros dari tersingkir minggu ini... Undi KHRos dan hantar ke 33399


Nolin, peserta yg mendapat undian tertinggi setakat ini.. mendapat 'standing oviation' setelah selesai membuat persembahan..
Jangan berasa selesa... tambahkan peratus undian peserta ini. Taip KHNolin dan hantar ke 33399. Untuk undian pukal, taip KH3/5/10 nama peserta dan hantar ke 33399.


Nizam, peserta yg berasal dari Batu Pahat, Johor menyampaikan sebuah lagu yg berjudul 'Cili ke Lada ke Cabai?' hasil nukilan beliau sendiri.
Undian anda bakal menentukan segala-galanya. Taip KHNizam dan hantar ke 33399.


Satu kelainan yg dibuat oleh peserta yg bernama Naemah. Beliau menggunakan props yg sangat menarik penonton pada masa itu... Antara peserta pilihan dlm KH Idol musim ini.


Midot, peserta yg berada di kelompok bawah. tetapi persembahan beliau cukup menghiburkan. undian terletak di tangan anda. Undi KHMidot.


Mc: "Ku pateri dirimu di dalam hatiku... oh litar elektronik ku..."
Sebuah lagi yg tidak asing lagi bertajuk 'Litar Elektronikku'. Undi Mc dengan menaip KHMc dan hantar ke 33399.


Maon: "Oh spanar... spanar muncung tirus... kenapa kau pelik sangat?"
Adakah Maon berjaya mengekalkan kedudukan sebagai peserta lelaki paling menyerlah? sama-sama kita nantikan....


Kejadian yg tidak diingini berlaku apabila peserta bernama Shalina telah di serang oleh 2 ekor ikan emas gergasi... nasib baik la ada penonton tidak tercedera...


Sayo apa ini? Ganas je rupa???? adakan ini satu gimik semata-mata?
Taip KHJar dan hantar ke 33399.


Ijan: "Amigos.. yiba2.. andre2....."
Mutasi genetik berlaku ke atas sayo yg digunakan peserta ini...


Hani, peserta yang mendapat tepukan paling gemuruh.... Adakan beliau bakal bergelar juara... sama-sama kita nantikan keputusannya minggu hadapan...


Hafizah, dibantu oleh penari latar, Hani dan Peah menyampai lagu yg sedang hangat di pasaran pada masa kini... lagu bertajuk 'Sayo Apo Ni?' hasil nukilan Fizah sepenuhnya... Sungguh bertenaga sekali persembahan mereka... Hani siap melakukan gaya yg sungguh unik sekali...


Untuk mengetahui apakah yg akan berlaku seterusnya dan siapa yg bakal disingkirkan, sama-samalah kita nantikan KH Idol 2009 pada minggu depan...

No comments:

Post a Comment