Sunday, November 29, 2009
Semoga Berjaya Kepada Semua Rakan2 KPLI...
Tuesday, November 03, 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan...
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Buat geng2 KH n yg len2... Slamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin... mintak maap kalo ada wat salah silap... terkasar bahasa.. terumpat ke.. ape2 yg ter2 tu.. harap maafkan.. hehe.. raya nanti jemput datang rumah.. yeah3.. tp jgn lupak bawak duit raya skali.. hek3
Tuesday, August 04, 2009
StudentNet @ IPGM Kampus Batu Lintang
Saturday, August 01, 2009
Aktiviti Praktikum 1
Neil: "Isk... bosan tol nak mewarna banner tok... busan2..."
Cik Tipah: "eleh Sha... asyik2 kontrol... ayu la konon.. hihi"
Maon: " apa kontrol2 aku ilek2 jak tok... Sha tu memeng camtu Cik Tipah.. kalo org amik gambo je mesti kontrol..."
Neil: "ala Dip... aku pun terrer... lamak gik terre dr ko.."
CIk Tipah: "Eleh korang nih... aku lg la terrer xla bising2..."
Maon: "aok eh... xda makan2 ka?"
Adip: "Sha... CIk Tipah... molah aik ka... cuco ka... lamak eh kmk org tok.."

Cik Tipah: "Ala Jac.. biasala si Sha tu... gambo je lebih.. keje xbuat.."
Sha: "Aih Cik Tipah... kunci rumah mane?? bak sini kunci tu..."
Neil: "Ish ktk org tok bisin jak eh... aku nak fokus molah keja tok..."

Adip: "Orait.... kita duak supervisor ba.. hahaha"
Cik Tipah: "Aih... nak kena budak dua org nih..."
Neil: " Ne cdak Sha, Jac ngn Cik Tipah tok??? mesti tgh tdo ya... hampeh na juak eh... org lelah2 molah kja nya tdo..."
Maon: "biasala la ya.. klak lah portfolio pdh cdak yg molah... cis2..."
Maon: "Bismillah...... Amin..."

Neil: "uish.. panas eh... leh2 lok dudok bersila di tengah padang..."
Wednesday, June 17, 2009
DOKUMEN PENTING PRAKTIKUM!!!
SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM...
Dokumen2 Praktikum KPLI Jan '09 IPGMKBL
Monday, June 01, 2009
BIG Siri 6 IPGM Kampus Batu Lintang
(21-24 Mei 2009) - Baru-baru ini Instutut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Batu Lintang telah mengadakan kursus Bina Insan Guru (BIG) bertempat di Kem Alapong, Lundu. Seramai 70 orang peserta dari pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Kemahiran Hidup, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Sains dan Bahasa Cina telah mengikuti kursus ini yang diadakan selama empat hari tiga malam. BIG siri keenam 2009 ini telah diketuai oleh Saudara Dasyiman Bin Bujang selaku penghulu. Setiap peserta diberi tugasan dan tanggungjawab untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan supaya semua dapat merasa dan mengalami sendiri kerja-kerja yang harus dilakukan.
Kursus BIG dilaksanakan adalah untuk menyediakan bakal guru-guru untuk menghadapi cabaran sebenar apabila mereka menjadi seorang guru kelak. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa kursus ini diadakan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti perkhemahan, berakit di laut, kembara di dalam hutan, latihan dalam kumpulan untuk membina jati diri, tongkat amanah (setiap peserta dibahagi kepada kumpulan dan membaca sebatang kayu secara beramai-ramai melalui pelbagai halangan tanpa melepaskan batang kayu tersebut), memasak dan membuat gajet.
Melalui aktiviti yang dijalankan ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai masalah dimana peserta diminta untuk menyelesaikan masalah tersebut atau membuat perbincangan bagaimana cara untuk menyelesaikan setiap permasalah yang diberikan. Selain daripada itu, aktiviti seperti berakit, kembara dan tongkat amanah menguji kekuatan fizikal dan juga mental para peserta kursus BIG. Persefahaman dan kerjasama dari setiap ahli kumpulan juga penting dalam menjayakan sesuatu tugasan yang diberikan oleh fasilitator. Kursus ini juga mendedahkan para peserta proses dan kaedah yang diperlukan untuk menganjurkan sesuatu program.
Program ini merupakan salah satu usaha untuk membentuk jati diri dalam usaha membina insan guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial selaras dengan profesion keguruan. Dalam majlis penutupan BIG siri keenam, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Batu Lintang, En. Abdul Malek Bin Mohd Tahir menegaskan kepada semua peserta bahawa setiap aktiviti yang dilakukan itu mempunyai makna dan analogi yang tersendiri. Aktiviti yang dilaksanakan dalam bentuk kumpulan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi. Sikap toleransi penting kerana ia perlu ada dalam diri seseorang pendidik. Jika sifat ini ada dan diamalkan, tidak ada masalah untuk seseorang itu berhadapan dengan guru-guru lain dan masyarakat luar selepas tamat pengajian nanti.



























